Kembali ke Sekolah Pasca PKP

24 Jun 2020 tarikh bersejarah seluruh Malaysia. Pelajar tingkatan 5 SMIAS memulakan sesi persekolahan selaras dengan siaran KPM. Kegembiraan terpancar di wajah anak-anak As Syddiq serta guru-guru kerana dapat bertemu setelah 3 bulan stay at home dan belajar secara maya. sebelum itu guru-guru dan staf dan alumni As Syddiq bertungkus-lumus membuat persiapan seperti pembersihan, susun…

SMIAS Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62

“MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” Begitulah laungan yang diucapkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj suatu masa dahulu dan disambut gah oleh ribuan rakyat Tanah Melayu ketika itu. Alhamdulillah, sambutan di peringkat sekolah juga diadakan dengan menganjurkan Minggu Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu seperti Perlawanan Bola Sepak Piala Merdeka, Perlawanan Bola Jaring,…

Forum Memburu Lailatul Qadr Sempena Sambutan Hari Guru SMIAS 2019

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” merupakan tema Hari Guru tahun ini. Tugas guru masa kini semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. (sumber:https://www.mysumber.com/hari-guru.html) Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah berlangsung dengan jayanya…

MTQ SRIAS : Lahir Bakat-bakat Baru

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Sekolah Rendah Islam As Syddiq (SRIAS), anjuran Unit Tarbiah dan Panitia Al-Quran dan Panitia Pendidikan Islam SRIAS. MTQ berlangsung selama dua hari bermula dengan peringkat saringan pada 22 Mei 2019 yang melibatkan hampir seluruh murid menyertai peringkat saringan tersebut dengan acara yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Azan, Musabaqah…

Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh: Meneladani Pelajar Menjadi Pemimpin

Alhamdulillah, program selama dua hari satu malam ini telah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar Tingkatan Empat di bawah pengawasan dan nasihat guru serta warden asrama. Pelbagai aktiviti terisi sepanjang program seperti Eksplorasi, Night Walking, Juadah Mahabbah dan Malam Kesenian. Usaha penganjuran program ini adalah cetusan buah fikiran daripada dua orang pelajar yang…

Kurma Untuk Iftar

Alhamdulillah dan syukur jelas terpancar di wajah kegembiraan pelajar-pelajar SMIAS apabila menerima sumbangan kurma semalam, 3 Ramadan 1440h. Seluruh warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timb Presiden HALUAN, Dato’ Dr Abu Azam Md Yassin di atas sumbangan kurma yang diberikan. Daripada Zaid bin Khalid RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka)…

Pertemuan Ibu Bapa dengan Guru Jalin Pemuafakatan

Alhamdulillah, Mesyuarat PIBG SMIAS telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 11 April 2019 yang lalu di Dataran PLUS dengan kehadiran ibu bapa pelajar yang sangat prihatin dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah. PIBG SMIAS telah ditubuhkan lebih lima tahun sejak SMIAS mula beroperasi, telah bergerak secara aktif dengan aktiviti-aktiviti serta program-program yang membantu…

Cungkil Bakat di Pentas Sudut Pidato

“Kecil-kecil anak harimau.” Begitulah ungkapan sesuai yang membawa maksud “Walaupun kecil tapi berani” sebagai pemberi semangat serta dorongan kepada murid-murid SRIAS untuk berani menonjolkan diri dalam arena pengucapan awam  sejak pelancarannya tiga minggu yang lalu. Program ini melibatkan murid SRIAS Tahap Dua iaitu Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Setiap minggu seusai…

Bakat Terserlah dalam Perkhemahan Kadet Bomba SMIAS 2019

Pasukan Kadet Bomba SMIAS telah mengadakan siri perkhemahan pertama julung-julung kalinya selama dua hari satu malam di padang sekolah bermula petang 5 April 2019 dan berakhir pada petang 6 April 2019. Antara tujuan diadakan perkhemahan tersebut adalah: Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan beruniform. Mengukuhkan lagi hubungan dan pergaulan antara rakan…