MTQ SRIAS : Lahir Bakat-bakat Baru

Antara peserta yang akan mempersembahkan bakat masing-masing di pentas akhir MTQ SRIAS 2019

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Sekolah Rendah Islam As Syddiq (SRIAS), anjuran Unit Tarbiah dan Panitia Al-Quran dan Panitia Pendidikan Islam SRIAS.

MTQ berlangsung selama dua hari bermula dengan peringkat saringan pada 22 Mei 2019 yang melibatkan hampir seluruh murid menyertai peringkat saringan tersebut dengan acara yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Azan, Musabaqah Tilawah Al-Quran, Pertandingan Pidato Ramadan, Perujian Hafazan dan Pertandingan Melukis Poster. Kemuncaknya di pentas akhir telah menampilkan lima orang peserta Tahap Dua dan tiga orang peserta Tahap Satu masing-masing dari setiap acara iaitu pada Khamis, 23 Mei 2019 bersamaan 18 Ramadan 1440.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan penyerahan sumbangan asnaf dan duit raya kepada murid juga telah disempurnakan oleh Guru Besar SRIAS, Tn. Hj. Mohamad Yusuf bin Kaslan sejurus selepas tamat MTQ (akhir) di Dewan Utama SRIAS.

//khj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.