Forum Memburu Lailatul Qadr Sempena Sambutan Hari Guru SMIAS 2019

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” merupakan tema Hari Guru tahun ini. Tugas guru masa kini semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. (sumber:https://www.mysumber.com/hari-guru.html)

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Mei 2019 yang lalu. Seawal jam 7 pagi semua pelajar telah berhimpun di Dataran PLUS bagi menyambut kehadiran guru-guru yang dikasihi.

Majlis yang ringkas dan padat telah dipengerusikan oleh Muhammad Adib Izudin bin Saharudin, pelajar Tingkataan Empat Al-Zarqali yang telah memulakan majlis dengan bacaan Al-Quran dan doa serta diikuti oleh ucapan GPK Hal Ehwal Pelajar iaitu Pn. Noor Rahizah binti Abdul Rahman, ucapan GPK Tarbiah iaitu Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail. Penyampaian Perutusan KPPM oleh PK 1, Pn. Nusaibah Wahidah binti Md Yamin dan disempurnakan dengan ucapan Penyampaian Perutusan YB Menteri Pendidikan Malaysia oleh Mudir, Prof. Madya Hj. Zulkifli bin Senin.

Persembahan sketsa yang mencuit hati telah dipertontonkan oleh beberapa orang pelajar lelaki Tingkatan Empat. Acara terakhir berbentuk forum yang bertajuk “Memburu Lailatul Qadr” telah dikendalikan oleh barisan kepimpinan pelajar menjadi pelengkap agenda sambutan Hari Guru.

//khj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.