Pertemuan Ibu Bapa dengan Guru Jalin Pemuafakatan

Alhamdulillah, Mesyuarat PIBG SMIAS telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 11 April 2019 yang lalu di Dataran PLUS dengan kehadiran ibu bapa pelajar yang sangat prihatin dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah.

PIBG SMIAS telah ditubuhkan lebih lima tahun sejak SMIAS mula beroperasi, telah bergerak secara aktif dengan aktiviti-aktiviti serta program-program yang membantu pihak sekolah khususnya dalam peningkatan prestasi akademik para pelajar.

Majlis bermula seawal jam 2.30 petang dengan ucapan aluan daripada YDP PIBG SMIAS iaitu Dr. Johari bin Surif diikuti ucapan Mudir SMIAS iaitu Prof. Madya Hj. Zulkifli bin Senin. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Shamjuddin bin Romani selaku Pengerusi ALP Sekolah Islam As Syddiq.

Sesi pertemuan ibu bapa dengan guru tingkatan berlangsung di bilik-bilik khas sejurus selesai Majlis Perasmian. Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan dan Bantuan Khas Pembiayaan Yuran Bulanan kepada pelajar yang terpilih diberikan sejurus selepas ucapan perasmian juga.

Secara umumnya, ibu bapa dan penjaga berpuas hati akan format Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Laporan disediakan oleh : En. Muhamat Raman bin Sharif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.