Bakat Terserlah dalam Perkhemahan Kadet Bomba SMIAS 2019

Pasukan Kadet Bomba SMIAS telah mengadakan siri perkhemahan pertama julung-julung kalinya selama dua hari satu malam di padang sekolah bermula petang 5 April 2019 dan berakhir pada petang 6 April 2019.

Antara tujuan diadakan perkhemahan tersebut adalah:

  1. Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh badan beruniform.
  2. Mengukuhkan lagi hubungan dan pergaulan antara rakan sepasukan.
  3. Membina dan meningkatkan disiplin, minat, dan bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi.
  4. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok.
  5. Mencungkil bakat-bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Tema yang dipilih untuk perkhemahan kali ini ialah “Al-Aqlu As-Salim fi Al-Jismi As-salim,” yang membawa maksud “Akal yang Cerdas ada pada Badan yang Cergas.” Perkhemahan ini melibatkan semua anggota Kadet Bomba SMIAS di bawah kelolaan dan pimpinan Ustaz Muhammad Anas bin Dollah dan dibantu oleh beberapa orang guru SMIAS.

Aktiviti yang sangat menarik serta mencabar keupayaan fizikal dan mental telah diberi kepada peserta sepanjang perkhemahan seperti “Ice Breaking”, Masakan Rimba, “Candle War”, Asas Perkhemahan dan Pandu Arah, Asas Kawad Kaki, Asas Seni Mempertahankan Diri, Tali Pandu, Origami Buluh, “Water Confident” dan lain-lain lagi.

Laporan oleh : Ustaz Muhammad Anas bin Dollah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.