Bentuk Keperibadian Dalam Kejohanan Sukan SRIAS

Banner Sukan SRIAS

“Akal yang cerdas ada pada badan yang sihat”, begitulah antara kata-kata bijak pandai.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan buah fikiran sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan dan Acara Sukaneka Padang SRIAS.

Kejohanan berlangsung selama lima hari bermula 27 Januari 2019 dan kemuncaknya berakhir dengan penuh prestij yang gilang-gemilang pada 31 Januari 2019 yang telah dirasmikan oleh Prof. Madya Hj. Zulkifli bin Senin merangkap mudir SMIAS.

Pelbagai acara balapan dan padang sama ada berkumpulan mahupun perseorangan yang dipertandingkan seperti 100 meter, 4 x 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Selain daripada itu, acara sukaneka seperti susun cawan dan lari tiup belon untuk kategori rendah.

Muhammad Hazim bin Padil dan Nuraffenda binti Ismail masing-masing telah dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati bahkan kedua-duanya dari Rumah Ahmar. Tahniah.

Semasa hari kemuncak kejohanan telah diadakan perbarisan lintas hormat dari rumah-rumah sukan yang terlibat dan beberapa acara akhir serta penyampaian hadiah sebelum bersurai.

-end-//khj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.