Memperkukuh 3 Fakulti Insan dalam KASeH 2018

Alhamdulillah, Program Kem Anak Soleh atau lebih sinonim dengan nama KASeH telah dilaksanakan dengan jayanya di NurfaFarmstay, Pekan Nanas, Pontian dengan tema “Anak Soleh Bintang Syurga”.

KASeH yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Haluan (KeARAH) dengan kerjasama Sekolah Rendah Islam As Syddiq (SRIAS) adalah bertujuan untuk  membentuk akhlak islami dalam diri setiap peserta di samping membina ukhuwah dan mengerat silaturrahim sesama peserta.

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan menjurus kepada memperkukuh fakulti insan iaitu fizikal, emosi, rohani dan akal agar kuat dalam meniti zaman yang penuh cabaran ini di samping pendedahan 10 ciri muslim cemerlang yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.

Program yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang bermula dari 22 hingga 24 November ini disertai seramai 70 orang pelajar Tahun 1 hingga tahun 6 dari beberapa buah sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia selain pelajar SRIAS sendiri.

Seramai 15 orang urusetia yang berkhidmat dari kalangan warga As Syddiq serta fasilitator jemputan dari MARSAH, Johor telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Peserta juga merasa seronok dan berharap dapat menyertai program ini pada masa akan datang. -end-

Laporan oleh: Pn. Nahdiah binti Mohd Rubani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.