Pembinaan Jati Diri dalam KMK 2018

photo_2018-11-12_00-06-59

Alhamdulillah, Program Kem Minda Kreatif Zon Selatan atau lebih sinonim dengan nama KMK telah dilaksanakan dengan jayanya di Tanjung Genting Chalet & Camp Site dengan tema “Sinergi Remaja Harapan Ummah”. Program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Haluan (KeARAH) dengan kerjasama Sekolah Menengah Islam As Syddiq (SMIAS) adalah bertujuan untuk melahirkan individu – individu yang cintakan Allah dan Rasul, memahami Islam sebagai cara hidup, membina jati diri, sifat kepimpinan selain membentuk sahsiah terpuji dan membina jaringan ukhuwah di antara para peserta.

Program yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang bermula dari 8 hingga 11 November ini disertai seramai 107 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 daripada beberapa buah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia selain pelajar SMIAS sendiri. Seramai 35 orang urusetia yang berkhidmat dari kalangan warga As Syddiq serta anggota KeARAH telah terlibat dalam menjayakan program ini. Penampilan istimewa dengan kehadiran 10 orang alumni SMIAS sebagai fasilitator juga menjadi tulang belakang dalam KMK pada kali ini membuktikan bahawa dengan pendidikan berterusan yang diterapkan mampu melahirkan lebih ramai remaja yang mempunyai sifat kepimpinan dan mampu menyumbang kembali kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, kehadiran pengerusi ALP Tn. Hj. Shamjuddin bin Romani serta sokongan  padu yang diberikan oleh penjaga pelajar Pn. Hjh. Normala dan suami.

Semoga dengan segala usaha dan kerjasama dari semua pihak untuk program – program yang bermanfaat seperti ini dapat membantu melahirkan lebih ramai individu muslim yang mapan dari sudut akhlak dan sahsiah serta jelas dari sudut fikrah, in shaa Allah.

Laporan oleh:

Pn. Haziyah binti Paiman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.