Majlis Serba Kompleks Raikan Calon SPM 2018

Pihak sekolah telah mengadakan suatu majlis serba kompleks pada hari Ahad, 11 November 2018  bagi meraikan calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bermula Selasa ini. Majlis yang diadakan merangkumi Solat Hajat bersama-sama ibu bapa dan penjaga yang bermula selepas zuhur dan seterusnya diadakan sesi perkongsian pengalaman serta nasihat antara warga As Syddiq dan ibu bapa pelajar.

Selain daripada itu, kutipan sumbangan juga diadakan untuk juadah cicipan serta kudapan bagi mengalas perut para calon SPM semasa hari-hari peperiksaan. Sesi taklimat Kursus i-JDK juga diadakan bagi memaklumkan kepada semua calon supaya menyertai kursus tersebut setelah tamat SPM kelak kerana ia merupakan kemuncak program ko-kurikulum yang perlu dihadiri.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas sumbangan serta kehadiran ibu bapa dan penjaga dalam majlis serba kompleks ini. Semoga harapan pelajar, warga sekolah dan keluarga dalam Peperiksaan SPM semuanya terbaik.

Majlis berakhir dengan jamuan makan kepada semua yang hadir dan apa yang menarik ialah ibu bapa pelajar menyediakan lauk-pauk manakala pihak sekolah menyediakan minuman dan nasi arab. -end- //khj.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.