PBL – Mencari Apa yang Perlu Anda Tahu

Slide2
Peserta dari SMIAS sedang memberi penerangan

Alhamdulillah, suatu peluang yang baik kepada 10 orang wakil pelajar SMIAS apabila layak ke peringkat semi-final dalam Penilaian Problem-Based Leaning (PBL) di Seminar Iskandar Malaysia Towards Low Karbon Society 2018 yang telah berlangsung baru-baru ini di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai.

Penilaian PBL yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta beberapa gensi lain bertujuan untuk pertandingan PBL di peringkat separuh akhir dan peringkat akhir bagi sekolah-sekolah yang menyertai di samping pertandingan reka bentuk untuk pensyarah-pensyarah universiti tempatan.

Prof. Dr.Khairiyah binti Mohd Yusof selaku Pengarah CEE UTM Skudai dalam ucapannya berkata, “kita perlu menyediakan anak-anak kita dengan kemahiran dan sikap yang membolehkan mereka terus mempelajari ilmu dan kemahiran baru secara berdikari.”

“PBL merupakan salah satu pendidikan yang paling berkesan untuk membentuk sikap pelajar supaya lebih berdikari dalam mencari ilmu baru dan menyemai kemahiran abad ke-21 khususnya pembelajaran sepanjang hayat,” ujarnya lagi.

Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian dan berakhir 5.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada pasukan sekolah yang menang.

Laporan disediakan oleh: Pn. Hairunnisa binti Busra

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.