Kembara APel ke Selatan Tanah Air

Jelajah APel didalam siri pemantauan ke semua IPS dibawah HALUAN hampir sampai ke penghujungnya. Lawatan dari satu sekolah ke satu sekolah bagi sesi mentoring & coaching meninggalkan impak kepada semua sekolah yang telah dilawati. Pengembaraan yang bermula sejak bulan Mac yang lalu telah membolehkan pihak APel melawat sebanyak 7 buah sekolah meliputi rendah dan menengah.

Baru-baru ini pihak APel telah berkesempatan untuk menziarah 2 buah lagi sekolah yang terletak di Negeri Johor Darul Takzim. Team seramai 8 orang telah mula bergerak dari 2 destinasi berbeza, iaitu dari utara dan pantai timur. Kali ini pihak Apel telah diwakili oleh Pengerusi Apel iaitu Tn Hj Mohd Asri Bin Abd Hamid, Setiausaha iaitu Tn Hj Mohamad Ritzuan Bin Baharin, Pn Hjh A’rifah Bt Abd Kadir selaku Ketua Pemantau, Tn Hj Subberi Bin Ramli, Tn Hj Manaf Bin Hashim, En Mahmud Jaafar selaku pemantau serta dibantu oleh En Shaheezam dan Pn Zurin.

Mengimbau kembali penubuhan 2 buah sekolah di Simpang Renggam Johor ini, ia bukanlah satu hasrat yang mudah untuk dilaksanakan. Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Islam As Syddiq (SRIAS) iaitu Tn Hj Yusof Bin Kaslan, sekolah ini dibangunkan bukan hanya untuk memenuhi keperluan penduduk setempat yang mahukan pendidikan berteraskan agama buat anak-anak mereka tetapi juga untuk melahirkan pelajar yang memiliki ciri-ciri 10 muwasofat.

Sekolah yang telah mula dibangunkan sejak 2001 kini telah mencecah usia 16 tahun, pelbagai penambahbaikkan telah dapat dilihat dari sudut fasiliti, pengurusan sumber tenaga juga jumlah peningkatan pelajar dari tahun ke tahun. Seperti kelaziman, pemantauan APel dijalankan bukan untuk mencari salah tetapi ia lebih kepada pemantapan dari sudut dokumentasi sekolah. Ini penting bagi proses penambaikkan sesebuah institusi untuk melahirkan pelajar yang beradab, berilmu dan pencinta Al-Quran.

Sebagai sekolah yang telah agak lama bertapak, panel pemantauan APel mendapati SRIAS telah memenuhi standard yang telah digariskan. Ini berikutan SRIAS juga turut dipantau oleh Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pendidikan Swasta bagi membolehkan pendaftaran sekolah dilakukan secara rasmi. Pencapaian memperoleh 88.7% menerusi 8 instrumen yang telah digariskan membuktikan pihak pengurusan SRIAS telah bekerja keras untuk memastikan semua kriteria memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru penolong kanan SRIAS. Kejayaan ini sebenarnya memerlukan persefahaman dan kebersamaan semua pihak. Jalinan inilah yang banyak membantu perjalanan sekolah berjalan dengan lancar.

Kunjungan APel ke SRIAS sememangnya dimanipulasikan sepenuhnya, sebaik sahaja selesai pemantauan di sebeah pagi, guru besar telah menyusun rapi jadual disebelah petang agar diadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang dikendalikan oleh Tn Hj Mohammad Ritzuan bersama Tn Hj Asri, sesi LDP  ini lebih berfokus kepada kaedah PDP berkesan serta mengimbau kembali tujuan asal institusi ini dibangunkan, apakah peranan yang dimainkan oleh guru dan bagaimana untuk mencapai objektif yang dirancang. Kunjungan hari pertama kami berakhir dengan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh semua guru dan pengurusan SRIAS dan juga SMIAS. Jelas terpancar diriak wajah semua guru SRIAS apabila melihat hasil usaha mereka dihargai dan diberi pujian oleh panel pemantau APel.

Hari kedua team APel disambut dengan cuaca yang agak dingin berbanding hari sebelumnya, hujan lebat di malam hari memberikan emosi sedikit berbeza berbanding biasa. Hari ini giliran Sekolah Menengah Islam As Syddiq atau SMIAS menjadi lokasi pemantauan. Walaupun singkatan bagi sekolah ini adalah SMIAS, tetapi dikalangan warga APel mahupun warga IPS lain, panggilan As-Syddiq lebih sinonim untuk merujuk SMIAS, mungkin kerana As-Syddiq satu-satunya sekolah yang menggunakan Sekolah Menengah Islam bukan Sekolah Menengah Agama seperti kebanyakkan nama-nama sekolah lain yang menggunapakai aliran deeniah didalam sistem persekolahan.

Jika semalam sarapan pagi dihidangkan dengan hidangan tradisi Johor iaitu lontong, hari ini kami sekali lagi dihidangkan dengan juadah istimewa yang popular di Muar, salah satu daerah di Johor iaitu Mee Bandung, bukan itu sahaja, kehadiran kami turut dihidangkan dengan ubi rebus serta kuih muih tradisi Johor. Sememangnya sarapan sebegini menambahkan lagi selera kami yang sekali sekala datang ke negeri Johor. Ketua Pemantau, Pn A’rifah sempat mengusik barisan guru yang datang meraikan kehadiran kami, “pantau tetap pantau ya”.

Umum di serantau IPS mengetahui akan bencana yang menimpa SMIAS pada suku pertama 2017 yang lalu apabila tingkat 1 yang menempatkan bilik guru perempuan terbakar akibat lintar pintas, kejadiaan yang menjadi mimpi sedih semua warga SMIAS masih lagi segar didalam ingatan, ketika kunjungan kami diadakan tingkat tersebut masih lagi didalam proses penambahbaikan kerana ia bukan sahaja melibatkan ruang ditingkat 1 tetapi ia juga memberi kesan kepada struktur di tingkat 2 dan sekitarnya.

Sesungguhnya disebalik kejadiaan tersebut, ia memberikan hikmah yang amat besar kepada pengurusan SMIAS yang dinakhodai oleh mudirnya Tn Hj Shamjuddin Bin Romani bersama sayap-sayap kiri dan kanan yang sentiasa kuat menyokong dan mendukung amanah yang diberikan. Bilik gerakan yang menjadi bilik sementara bagi bilik guru perempuan menjadi medan untuk pihak APel menyemak susun atur dokumentasi sekolah yang acapkali menjadi kunjungan dari pihak kementerian pendidikan untuk pemantauan.

Sewajarnya tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMIAS diatas kejayaan melengkapkan dan menyediakan semua dokumen seperti yang telah digariskan oleh pihak APel. Maka tidak hairanlah jika pihak kementerian menerusi pemantauan Standard Kualiti Pendidikan Swasta (SKIPS) telah memberikan pengiktirafan sebanyak 4 bintang kepada SMIAS. Melihatkan kepada keseragaman, ketelitian dan kecekapan GPK-GPK yang berada di SMIAS maka pihak pasukan pemantau APel telah bersetuju untuk memberikan skala cemerlang dengan memperoleh 97 markah kepada SMIAS. Ini menjadi penanda aras kepada semua IPS lain agar menjadikan SMIAS sebagai contoh sebuah institusi yang mampu bersaing dengan sekolah-sekolah arus perdana, kita tidak seharusnya menjadikan kekurangan yang kita miliki sebagai kekangan untuk kita melakukan yang terbaik, melengkapkan mana yang kurang, membetulkan mana yang salah dan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikkan.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua warga SRIAS dan SMIAS yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dan teruskan kecemerlangan untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Menarik di As Syddiq

  • Pengurusan pentadbiran & Kewangan diurus oleh pegawai yang sama bagi kedua-dua sekolah (SRIAS & SMIAS)
  • Pelajar sekolah rendah & menengah berkongsi kantin dan menu yang sama melalui kekuatan 2 orang chef dan 2 orang pembantu yang kesemuanya wanita.
  • IMG-20170917-WA0032IMG-20170914-WA0033IMG-20170914-WA0041

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.