LATIHAN MERENTAS DESA SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ

Alhamdulillah, Dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi pada 9 Februari 2017 dalam keadaan cuaca yang cerah Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah mengadakan latihan merentas desa kali pertama bagi sesi 2017. Program dimulakan dengan bacaan Al Quran pada jam 7.30 hingga 8.00 pagi. Selepas itu sedikit taklimat Latihan Merentas Desa disampaikan oleh GPK Kokurikulum En Muhamat Raman bin Sarif dan sedikit nasihat serta peringatan dari Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail.

Setelah selesai sesi taklimat para pelajar bergerak ke kawasan yang ditetapkan untuk sesi pemanasan badan. Bagi pelajar lelaki sesi pemanasan badan diadakan di Padang Sekolah Islam As Syddiq dan bagi pelajar perempuan pula di Dataran Asrama Imtiyaz. Habis sesi pemanasan badan kesemua pelajar memulakan latihan merentas desa mengikut laluan yang telah ditetapkan.

Selesai sesi latihan merentas desa, para pelajar dan guru –guru minum pagi di kantin sekolah. Aktiviti permainan bagi pelajar lelaki dan perempuan telah diadakan selepas itu. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.  Semoga latihan merentas desa ini memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mentadabbur alam di samping memuji ciptaan Ilahi. Memetik pepatah Arab akal yang cerdas pada badan yang cergas. Diharapkan semua pelajar cemerlang bukan sahaja dalam aspek kesukanan tetapi dalam semua aspek termasuk jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Suasana program :

 

 

LAPORAN DISEDIAKAN

MAISURA BINTI MOHD ISA

——————————-
Team Media As Syddiq
——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.